ARTIKEL BOMBASTIK

Wednesday, May 20, 2015

PERANG NAJIB-MAHATHIR...PAS di pihak mana?


Nampaknya perang Najib-Mahathir bakal membuka banyak teori politik baru.Terutama kepada dalaman PAS.


Samada Mahathir maupun Najib,masing-masing ada nostalgia indah buat PAS.
Mahathir pernah berucap atas pentas PAS selepas ditendang keluar UMNO era Tunku dulu.Manakala ayah Najib arwah Tun Razak pernah membawa PAS masuk BN buat beberapa tahun.


Jadinya PAS sokong siapa?


Cara Mahathir bercakap terkini,beliau bukan sahaja serang Najib,Rosmah bahkan Lim Guan Eng pun di suruh letak jawatan.Mahathir juga seperti biasa dulu,kini tetap menempelak PAS dengan hukum hudud.


Tetapi berbeza dengn Najib.Beliau kurangkan musuh dan banyakkan rakan.Mula berlembut dengan PAS.Najib tidak kelihatan dalam kempen PRK Rompin dan Permatang Pauh.Semuanya dipikul Timbalannya Muhyiddin.

Cara Najib berpolitik kini lebih menagih simpati rakyat dan pembangkang.


Sikap PAS dalam peperangan Najib-Mahathir ini lebih kepada saat pembentangan Rang Undang-Undang Hudud di Parlimen nanti.


Jika Najib sokong, bermakna PAS bersama Najib, 
DAP bersama Mahathir dan PKR keseorangan.

1 comment:

Anonymous said...

nama pun pepijat.sedut darah.memang kau suka Pas dengan Umno dan kenakan PKR ,jiwa kua tu serperti Hj hadi dan haron din ,sama je,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...