ARTIKEL BOMBASTIK

Monday, June 27, 2011

Ingat! Kita semua akan dihisab di Akhirat nanti.


Polis suatu kerja mulia. Menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Jika berlaku kecurian, pembunuhan dan pergaduhan, polislah tempat rujukan utama rakyat.


Di Malaysia, polis berada dalam dua alam. Pertamanya, di alam kepolisan sejati. Rakyat pandang mulia polis yang berada di alam ini. Mencegah jenayah dan bertindak betul, cepat dan amanah.


Satu lagi alam polis ialah alam kepolitikan. Alam inilah menimbulkan kebencian rakyat. Bersikap "double standard" apabila bertindak. Lebih mengikut telunjuk orang politik. Banyak kes dan isu boleh dijadikan bukti.


Apabila polis terlalu ikut telunjuk orang politik, maka terjadilah dwi tindakan. Jika perhimpunan haram dianjurkan oleh UMNO dan sekutunya, polis menjaga lalulintas dan keselamatan penunjuk perasaan. Polis jadi seperti polis Britain !


Tetapi jika sebaliknya, polis bertindak ganas. Tembak gas pemedih mata, tangkap, sepak terajang, maki hamun dan sumbat dalam lokap. Polis jadi seperti polis Zionis !


Inikah keadilan?

Ingat! Anda semua ada anak isteri dan keluarga.

Seronok benarkah anda menangkap rakyat yang sekadar berhimpun dengan aman?
Seronok benarkah anda menembak gas pemedih mata mengenai sasaran samada kanak-kanak, anak kecil, orang tua. Adakah anda tiada anak kecil?

Hari ini...anda gagah menembak gas pemedih mata, kuat menyebak terajang dan ada kuasa untuk menangkap.

Bagaimana hari esok selepas pencen? Adakah anda selesa dan harmoni menghadapinya atau masih dihantui dengan lagak aksi anda menzalimi rakyat?

Ingat! Kita semua bakal di adili di Akhirat nanti. Itupun jika kita percaya adanya Hari Akhirat.

Semua dah "kena", kecuali PAS.


Menjelang perhimpunan BERSIH 2.0, UMNO dan Polis semakin "galak" cipta suasana tegang untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Antaranya :

1) Arah barua-barua mereka buat laporan polis di seluruh negara. Mereka kerahkan NGO pro Umno seperti pertubuhan belia untuk membuar laopran polis membantah perhimpunan.


2) Buat perhimpunan membakar gambar dan ugutan untuk lakukan keganasan ala 13 Mei. Kerja ini diserahkan kepada PERKASA dengan "kerjasama polis ". Sampai hari ini Ibrahim Ali tidak ditangkap polis kerana ucapan berbaur perkauman dan hasutan. Ucapan perkauman Ibrahim Ali ditujukan "khas" kepada kaum Cina dan DAP.


3) Panggil Sasterawan Negara A Samad Said ke balai untuk soal siasat atas bacaan puisi menyokong BERSIH 2.0. Ini perang psikologi untuk takutkan sasterawan dan ahli budaya negara.


4) Perhimpunan ala samseng Pemuda UMNO untuk ugut bakar Bangunan PKR sambil "dikawal" oleh polis . Ini ugutan ditujukan kepada PKR.


5) Media barua UTUSAN dan mufti Perak timbulkan isu Lina Joy untuk timbul kebencian kepada Pengerusi BERSIH 2.0.


6) Parti Sosialis Malaysia dituduh cuba hidupkan fahaman komunis oleh polis berikutan tangkapan semasa kempen BERSIH 2.0.


7) Tangkap rakyat yang memakai Baju Kuning BERSIH.


Yang belum kena "serang" lagi ialah PAS sedangkan ahli PAS lah yang paling ramai turun ke KL pada 9 Julai nanti.


Adakah PAS akan "diserang" di saat-saat akhir nanti?

Agaknya, apa "peluru" UMNO, media barua dan polis untuk "serang" PAS kali ini?


Yang pasti, semakin menekan ianya menambahkan semangat untuk turun KL 9 Julai nanti!

Sunday, June 26, 2011

Anda mesti saksikan filem Turki ini. Hebat!!


Dua peristiwa besar yang membabitkan maruah antara Turki dan Israel. Yang pertama aksi dialog di Switzerland antara PM Turki dan PM Israel. PM Turki dengan berani menuding jari kepada PM Zionis serta menghamburkan kata-kata kebencian kepada aksi Zionis terhadap Gaza dan rakyat Palestin.

PM Zionis tergamam dengan keberanian dan aksi kemarahan PM Erdagon.
Erdagon balik ke Istanbul disambut sebagai pahlawan.

Mengapa tidak? Sejak kejatuhan Empayar Uthmaniyyah, tiada PM Turki selain Erbakan dan Erdagon berani mengutuk Zionis.

Manakala satu lagi peristiwa iaitu serangan komando Zionis keatas kapal bantuan Mavi Marmara milik NGO Turki yang menyebabkan 9 orang Turki syahid. PM Erdagon mendesak Regim Zionis meminta maaf atas kejahatan mereka.

Hingga kini, regim Zionis masih berdolak dalih dalam soal ini.

Hebatnya Turki, kini mereka menyerang Israel secara media. Filem terbaru keluaran mereka amat menyakitkan Zionis.

Jika dulu kita asyik disajikan dengan propaganda Yahudi. Kini elok kita saksikan bagaimana filem Turki ini menebus balik maruah umat walaupun sekadar fiksyen.

Jom, kita ajak anak-anak kita dan keluarga saksikan filem Turki ini. : KLIK di bawah.

http://www.youtube.com/watch?v=ovnhXDNH4rw

Thursday, June 23, 2011

9hb Julai : Bawa bunga, bendera dan gambar.


Peserta-peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 di sarankan membawa beberapa "senjata" bukan untuk " berperang" tetapi untuk menyatakan kesetiaan dan kasih sayang kepada negara kita.

Antara yang perlu dibawa :

1) Bunga ros atau mawar untuk dihulurkan kepada anggota polis tanda persahabatan dan untuk nyatakan polis bukan musuh rakyat. Juga tanda penghargaan kerana menjaga keselamatan semasa Perhimpunan BERSIH 2.0.


2) Bendera Malaysia. Setiap peserta perlu membawa bendera Malaysia samada bersaiz kecil maupun besar macam dalam perlawanan bolasepak. Saiz kecil seperti yang diletakkan di kereta semasa perayaan kemerdekaan. Membawa bendera Malaysia bermakna patrotik.


3) Gambar Yang Dipertuan Agong. Ianya dibawa sebagai tanda kesetiaan dan kasih sayang rakyat jelata kepada Yang Dipertuan Agong. Termaktub dalam rukun negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.


4) Galakkan seberapa ramai membawa kamera dan handy cam(video ) untuk rakamkan memori indah ini. Kemudian adakan pertandingan rakaman dan gambar terbaik.
Tujuannya untuk tunjukkan kepada dunia, bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 ini adalah bersih jika tiada provokasi.
Jika berlaku provokasi, pakat ambil gambar pelaku provokasi dan tampalkan di merata tempat seluruh negara.


Itulah "senjata ampuh" kita pada 9hb Julai.


Biarlah Ibrahim Ali nak bawa petrol untuk bakar kereta dan kedai di Kuala Lumpur.


Barangan Larangan semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 :

1) Senjata.
2) Sebarang benda yang membawa logo dan lambang kepartian dan parti politik.

Perkara perlu dilakukan jika sekiranya ia berlaku :

1) Orang yang membakar bendera Malaysia dan Yang diPertuan Agong. Tangkap mereka, rakam gambar dan hantar kepada polis. Suspek ini barangkali anggota SB, Perkasa atau UMNO.

Ingat! Peristiwa tembakan Suwandi di Batu Buruk. Sampai hari ini pembakar bendera Malaysia tidak ditangkap.
Barangkali "suspek" itu sekarang bekerja di Bukit Aman?

Gambaran pada 9hb Julai jika tiada provokasi :

1) Mat Sabu bersalaman dengan Khairy Jamaludin di pintu utama Istana Negara sambil menyerahkan memorandum masing-masing kepada wakil Yang dipertuan Agong.

2) Ibrahim Ali bertukar menjadi berudu dan diusung pengikutnya untuk disumbat dalam tempayan budu.

Sunday, June 19, 2011

9hb : Katak ditelan Ular Anaconda!


Kuala Lumpur bakal dibanjiri oleh "monyet", " katak" dan manusia pada 9hb Julai nanti. Tentunya KL berbesar hati menyambut tetamu-tetamu yang sememangnya ditunggu-tunggu.

Kumpulan "monyet" diketuai oleh menantu mantan PM. Mengapa digelar "monyet" ? Ini adalah gelaran yang diberi oleh Khairy Jamaludin pada hari akhir Perhimpunan UMNO 2007 kepada Perhimpunan BERSIH1.0.

Khary kata yang suka buat demo itu ialah monyet. Pada 9 Julai nanti, Khairy memakan sumpahnya menjadi monyet jalanan.

Apa motif Khairy bertindak demikian yang sememangnya berlawanan dengan pucuk pimpinan UMNO?

Barangkali Khairy ingin beritahu PMNajib bahawa beliau masih berbisa dan berpengaruh kepada UMNO dan Pemuda UMNO. Sekurang-kurangnya hendak nyatakan bahawa "dia masih hidup lagi" !


Sehari dua ini, tindakan Khairy agak pelik dan berani. Antaranya Khairy setuju dengan Pakatan Rakyat tentang isu video 3T.


Kemudian hendak turun bersama dalam Perhimpunan BERSIH 2.0. Walaupun mempunyai sikap berlawanan dengan BERSIH 2.0, sekurang-kurangnya Khairy setuju dengan cara demostrasi untuk tunjukkan perasaan hati masing-masing.


Lagi yang bagusnya Khairy bersama pemuda UMNO hendak turun pada 9hb Julai nanti dalam suasana aman dan harmoni sama seperti BERSIH 2.0.

Terkini, Khairy sindir mentor PMNajib, Mahathir dengan ungkapan, "Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni".

Tentunya Najib, Mahathir dan Mukhriz panas telinga dengar sindiran Khairy.
Berlawanan dengan Ibrahim Ali dan kuncu-kuncunya dalam PERKASA. Awal-awal lagi beritahu rakyat Malaysia akan berlaku kereta terbakar dan bom api.


Sah! Puak-puak Perkasa akan lakukannya sebab ketuanya telah memberi gambaran apa bakal terjadi pada 9hb nanti.


Peliknya, polis terkebil-kebil sahaja melihat telatah jahat Ibrahim Ali. Sama seperti sikap polis dalam menangani isu video Rahim Tamby Chik dan gengnya.


Antara monyet, katak dan manusia yang bakal berarak nanti, tentunya katak yang agak pelik dan ganas. Peliknya, katak saiznya kecil tetapi cakapnya besar. Mahu bakar kereta dan lontar bom api.


Monyet menentang BERSIH 2.0, tetapi secara "gengtleman". Mahu demo secara aman sebagai tunjuk sokongan kepada SPR. Moga-moga monyet akan bertukar menjadi manusia.


Katak pula bagaimana? Bunyinya kuat memanggil hujan(trak water cannon) tetapi akhirnya katak bakal ditelan ular yang besar ( manusia dan monyet) !

Ibrahim Ali selamat? Dia bakal kembali menjadi berudu yang hidup dalam tempayang budu!

Tuesday, June 14, 2011

Bangunan PWTC dilanda gegaran ...nak runtuh!


NEGARA BERKEBAJIKAN vs NEGARA KRONI

Bangunan PWTC
umpama dilanda gegaran 9.9 richer selepas Mat Sabu menang jawatan Tmbalan Presiden dan Presiden PAS TG Haji Hadi mengisytiharkan Malaysia kearah Negara Berkebajikan.


Mengapa UMNO begitu takut dengan Negara Berkebajikan?


Ini kerana segala lakonan dan sandiwara UMNO bakal terbongkar. Tentunya UMNO takut kerana Negara Berkebajikan bakal akan "menelan" Negara Kroni.


Negara Kroni adalah adunan dan dasar perjuangan UMNO dan BN. Negara Kroni bermula pada era Dr Mahathir. Bermula dengan dasar penswastaan, dasar tanah dan segalanya dibolot sesama anak beranak dan kroni.


Siapa tidak kenal Lingam, Vincent Tan dan Ananda Krishnan. Semuanya duduk dibawah " ketiak " Mahathir.


Dasar Negara Kroni ialah beri sedikit habuan kepada rakyat kononnya prihatin tetapi bolot semaksima mungkin hasil mausul negara.


Beri sehelai kain pelikat untuk 5 tahun tetapi kita bolot berjuta-juta RM rakyat menerusi cukai, projek, tol, penswastaan.


Taktik Negara Kroni ialah mereka membuat pelbagai mega projek. Tender untuk kroni dan anak beranak. Kononnya rakyat dapat kerja dengan pembangunan itu. Betul, rakyat dapat kerja tetapi sekadar untuk hidup 2,3 hari manakala hasil projek mega itu boleh sara hidup 7 keturunan kroni UMNO. Juta-juta RM !


Lihatlah Menara KLCC. Siapa yang untung hingga kini? Lihat lebuhraya, siapa yang untung?


Siapa bolot AP, impot beras, gula, tol, air, api? Kroni UMNO.

Zaman Najib pula, Rosmahpun tumpang semangkuk. Projek PLKN, siapa dapat tender pakaian ?


Negara Kroni ciptaan UMNO adalah berslogankan " Negara ini aku, anak beranak dan kroni punya."


Apabila PAS isytihar untuk Malaysia sebagai Negara Berkebajikan, UMNO amat takut. Rakyat akan nampak kejahatan dan kepuraan UMNO selama ini.


Rakyat akan mula bangkit dari tidur yang selama ini begitu lena diulit oleh UMNO.


Negara Berkebajikan bakal memperlihatkan kepada rakyat perasaan kasih sayang pemimpin akan kesusahan rakyat.

Sakit demam dirasa bersama, senang susah ditanggung bersama, kenyang lapar sama-sama dikongsi.

Inilah intipati Negara Berkebajikan yang bertitik tolak daripada Sirah Rasulullah ketika menggali parit dalam Ghazwah Ahzab.

Tentulah berlawanan dengan Negara Kroni. Negara Kroni penuh sandiwara dan lakonan.
Minyak naik, kerajaan sudah banyak bagi subsidi. Taarif Api air, kerajaan sudah banyak bagi subsidi. Sara hidup meningkat, ubah cara hidup.

Itulah "wirid dan zikir" pemimpin Negara Kroni.

Akhir sekali, rakyat Malaysia tertunggu-tunggu untuk melihat nilai harta peninggalan Dr Mahathir sebagai Bapa Negara Kroni apabila beliau meninggal nanti.

Adakah sama nilai dengan Marcos, Suharto maupun Ben Ali ?

Sunday, June 12, 2011

Insan yang bernama Mahathir.


Hidup Mahathir dalam politik penuh warna-warni. Warna-warninya bukan kerana membawa makna ceria dan penuh kegirangan kepada warga Malaysia tetapi lebih kepada "ketidak warasan dan kesiuman" tuan punya diri.


Biasanya orang yang tidak "normal" akan ceriakan dunia mereka dengan warna warni dengan memakai baju , seluar, payung untuk menarik perhatian orang yang lalu lalang.


Begitulah dengan hal diri Mahathir. Bercakap, melalut sana sini untuk hendak beritahu warga Malaysia dia masih ada lagi. Dia belum mati lagi. Samada nyanyuk atau sebaliknya, itu terpulang kepada sesiapa yang menilai.


Lihat adanya manusia yang bernama Mahathir dalam politik tanahair membuatkan kita sedih dengan nasibnya. Betul-betul "macam orang gila" (meminjam tajuk sajak Disman era Reformasi)


Mahathir pernah dibuang dari UMNO akibat kritik Tunku. Kemudian mengemis simpati melalui pentas ceramah PAS.
Dibawa masuk semula oleh Tun Razak hinggalah meminggirkan tokoh-tokoh senioriti seperti King Ghaz dan Tengku Razalegh.


Semasa menjadi Timbalan PM, Mahathir sudah mula tunjuk belangnya dengan memainkan peranan untuk memecat PAS dari BN.


Selepas Tun Husien meletak jawatan(akibat desakan Mahathir?), bintang Mahathir terus bersinar selama 22 tahun.


Zaman pemerintahannya, terserlah watak sebenar Mahathir sebagai diktator. Raja-Raja Melayu "ditelanjanginya", sistem Kehakiman dicaturnya sendiri. Hakim yang menentang egonya disepak teranjang seperti Tun Salleh. Tiga timbalannya(Musa-Ghafar dan Anwar) tidak kekal.


Zamannya lah bermula era Kronisme. Semua benda diswastakan untuk "makanan kedarah" kroninya.


Darah umat Melayu gugur di bumi pada zamannya menjadi PM. Darah Memali. Tidak sedikit. Bukan orang kaya jadi mangsa amarahnya tetapi orang kampung yang miskin.Kais pagi makan pagi.


Berlagak macam lanun dalam isu royalti minyak Terengganu.


Mahathir adalah segala-galanya. Dialah Sultan. Dialah Hakim. Dialah Raja. Dialah Lanun. Memang layak dia digelar " Maha Firaun" oleh orang yang membencinya.


Selepas eranya memerintah, dia keluar dari UMNO kerana marahkan Pak Lah. Masuk balik UMNO selepas PMNajib jadi PM.

Jenis manusia apakah yang bersikap begini?

Hari ini, dia berkokok lagi. Bukan apa. Untuk buktikan dia masih ada hayat lagi. Hari ini Mahathir jadi "pembela Negara Islam". Padahal dialah yang hantar surat ugutan jika Kelantan laksana hukum Islam.


Hari ini dia berlagak alim. Sebut Surah Baqarah! Mahathir pandai baca Quran ke? Siapa pernah dengar dia baca?


TG Nik Aziz pernah "puji " Mahathir. Dia cerdik dan bijaksana tapi sekular! Almarhum Ustaz Fadhil Nor pernah doakan supaya usianya panjang agar Mahathir dapat lihat hasil kejahatan dan kezalimannya.


Nah! Sekarang Mahathir bersuara lagi. Tetapi suaranya macam "orang gila" !


Orang PAS menentangya bukan atas dasar keturunannya. Keturunan bukan alasan untuk PAS menentangnya. Tetapi pemikiran dan fahamannya yang bahaya kepada umat Islam.


Mahathir sudah banyak kali menyahut panggilan IJN. Sepatutnya panggilan IJN banyak mendewasakannya tentang Islam dan ketaqwaan. Malangnya semakin jauh, jauh dan jauh darinya.


Kita tidak mahu Mahathir baru sedar untuk mencari jalan ketaqwaan sepertimana Firaun di ambang maut di Laut Merah.

Friday, June 10, 2011

UMNO perlukan keranda,batu nesan atau wad Tanjung Rambutan?


Tiga perkara yang menyebabkan UMNO semakin gila, meroyan, meracau, terpekik terlolong, makan tidak kenyang mandi tidak basah ialah :

1) PAS dan DAP semakin akrab dan faham memahami antara satu sama lain.

2) Mat Sabu jadi Timbalan Presiden.


3) Negara Berkebajikan menjadi slogan dan trademark PAS.

UMNO menangis kecewa macam Iblis gagal untuk memperdayakan dan menggoda anak Adam.

Saturday, June 4, 2011

Mat Sabu :Tugas Besar Menunggu Anda.


Alhamdulillah. Telah selesai pemilihan Timbalan Presiden PAS. Tuan Haji Muhammad Sabu dipilih dengan undian terbanyak daripada dua lagi calon iaitu Ustaz Nasharudin Isa dan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.


Mengapa Mat Sabu dipilih? Apa saja andaian, hujah dan alasan anda, yang pasti ianya kehendak dan penentuan dari Allah Taala. Full Stop.


Kalau kita melihat calon Timbalan Presiden, masing-masing semacam membawa bayangan tokoh terbilang PAS. Misalnya Ustaz Nasha membawa imej Arwah Ustaz Fadhil manakala Ustaz Tuan membawa perwatakkan imej TG Nik Aziz.



Cumanya Mat Sabu barangkali membawa 1001 wajah ahli PAS yang terdiri dari kaum marhein, muda, nelayan, buruh, petani, tua dan sewaktu dengannya.


Pokoknya Mat Sabu membawa imej golongan kebanyakkan berbanding Ustaz Nasha dan Ustaz Tuan membawa imej individu.


Barangkali atas sebab inilah Mat Sabu terpilih. Juga barangkali pewakilan ingin membuat perubahan menukar citarasa. Setelah hampir 20 tahun, ulamak menguasai rangking teratas pimpinan, maka kini tiba giliran golongan bukan aliran agama mendudukinya.


Sebenar, tiada apa hendak "dibimbangi" jika golongan bukan ulamak menduduki kerusi teratas pimpinan. Ini kerana Majlis Syura dan Dewan Ulamak boleh memantau perjalanan parti. Mereka boleh menegur jika ada tanda-tanda kegelinciran berlaku.


Hubungan akrab Mat Sabu dengan Lim Guan Eng adalah satu kelebihan untuk PAS menarik lebih ramai lagi non muslim menyokong PAS. Begitu juga kemampuan Mat Sabu mengetuai demostrasi suatu yang tidak perlu dipertikai lagi. Lebih-lebih lagi dengan demo BERSIH pada Julai nanti.


Apapun Mat Sabu mantan graduan Universiti Kedua Kemunting bakal teruji dengan 1001 macam lagi ujian. Antara perkara yang perlu dihindari oleh Mat Sabu ialah :


a) Menjauhi dari diwawancara oleh media barua UMNO terutama Utusan dan TV3.
b) Tidak menyebut lagi tentang yang berkaitan Syiah seperti Iran, Khomeini dan lainnya.
c) Menarik lebih ramai lagi anak muda, non muslim dan golongan FELDA menyokong PAS.


Abang Mat, anda mampu melakukannya!

Siapa mahu hulur tengkuk untuk di sembelih?


Apa tajuk besar media barua MINGGUAN MALAYSIA esok?


Barangkali tajuknya "BAHAYA SYIAH DALAM PAS" atau " PAS DIRESAPI FAHAMAN SYIAH". Merujuk kepada kemenangan Haji Muhammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS.


Selepas ini Editor barua Utusan akan serang Mat Sabu dengan tagline SYIAH. Peliknya Utusan sudah lupa tagline TG Haji Hadi iaitu "Amanat Haji Hadi".


Apa tujuan Utusan "berkempen" untuk kemenangan ulamak? Sesuatu yang pelik Utusan sebagai alat media porno dan sekular berkempen menyokong ulamak macam akhbar Yahudi menyokong HAMAS.


Mesti ada agenda. Bukankah Utusan mempunyai penasihat APCO yang dibayar gaji RM70 juta setahun?


Agenda media barua Utusan "menyokong" ulamak adalah mempunyai matlamat untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS. Kononnya PAS ada dua golongan iaitu ulamak dan professional. Juga melabelkan PAS ada puak pro Anwar dan anti Anwar dan puak Erdagon.


Utusan "pura-pura" sokong ulamak kerana untuk menunjukkan kononnya golongan ulamak suka bersatu dengan UMNO.


Taktik Utusan kadangkala berjaya mempengaruhi dan menghidupkan suasana dalam PAS. Ada pimpinan Pemuda dan Ulamak terikut-ikut dengan pukulan gendang Utusan. Kita melihat permainan Utusan ini bergandingan dengan penulis blog seperti Tulang Besi dan Penarik Beca.


Utusan kutuk golongan professional dan Tulang Besi serta Penarik Beca maki hamun golongan ulamak. Mereka menyerang kiri kanan dan atas bawah.


Ingat! Selepas ini Utusan akan cipta banyak permainan untuk "di mainkan" oleh ahli PAS iaitu :
1) Hadi tidak sebulu dengan Mat Sabu. 2) Mat Sabu bawa fahaman Syiah. 3) Mat Sabu bawa fahaman radikal. 4) Hadi tunduk dengan Mat Sabu. 5) Dewan Ulamak tidak setuju dengan Mat Sabu.


Kita harapkan Ketua Pemuda tidak "menari-nari" lagi dengan Utusan dan tidak hulurkan lehernya untuk "di sembelih" oleh media baru Utusan!

Thursday, June 2, 2011

TIMBALAN PRESIDEN :Mana satu idaman kalbu anda?



Tidak sampai 24 jam lagi pengundian Timbalan Presiden di Muktamar PAS kali ke 57 akan berlangsung di Taman Melawar, taman nostalgia pejuang Islam. Semua tumpuan kepada pemilihan Timbalan Presiden. Bagi penyokong dan ahli PAS, pemilihan tidak menjadi tumpuan. Sesiapa sahaja jadi pimpinan bukanlah persoalan yang besar. Paling penting, PAS mesti tetap di landasan Al Quran dan Sunnah. Itu sahaja.


Berbeza dengan UMNO. Kemenangan seseorang individu itu menentukan "periuk nasi" mereka. Samada berasap ataupun sebaliknya. Itulah "aqidah" setiap benak fikiran ahli UMNO.




Mari kita lihat beberapa coretan calon-calon Timbalan Presiden :

a) Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Antara tiga calon untuk kerusi Timbalan Presiden beliau adalah "bongsu" dalam pimpinan PAS. Anak jati Negeri Sembilan. Lulusan agama dari Universiti Jordan. Tidak diketahui samada beliau pernah mendapat didikan asuhan tarbiyyah Ikhwanul Muslimin ketika belajar di Jordan. Juga pernah belajar di UiTM. Menjadi MP Bachok. Pernah jadi MP Kedah 1999. Juga pernah kalah semasa tanding MP Besut 2004.


Di kenali dengan nama glamour "Ustaz Nash". Telah memegang tiga penggal berturut-turut sebagai Timbalan Presiden. Kali ini cubaan kali keempat mengekalkan jawatannya.


Kemunculannya dalam PAS secara "low profail". Pidatonya juga tidak menyengat. Barangkali ini sebagai "menghormati" Presiden.


Pernah dikritik kerana penampilannya tidak mencerminkan "pakaian ulamak" ketika perjumpaan dengan SU UMNO Khalil Ya'kob untuk urusan muzakarah PAS-UMNO tahun 2001. Beliau berpakaian kot, tali leher dan tanpa kopiah.


Beliau juga dikritik hebat kerana terlibat dengan rundingan Muzakarah untuk Kerajaan Campuran semasa pasca PRU 12 Mac 2008.


Kelebihan beliau ialah tidak melenting jika dikritik, gerak kerja yang sistematik dan kurang bercakap tetapi kerja lebih.



b) Muhammad Sabu

Pemegang kerusi Naib Presiden sesi lalu. Anak jati Pulang Pinang. Pernah belajar di UiTM. Pernah jadi MP Kubang Kerian dan Kuala Muda. Tewas dalam PRU 12 untuk P36 Kuala Terengganu.

Pernah menginap di " Hotel Mewah" Kamunting. Pidatonya dikagumi. Nama glamour sebagai "Abang Mat". Sahabat baik Lim Eng Guan KM Pulau Pinang. Disenangi oleh golongan marhein dan muda.

Walaubagaimanapun, beliau seorang pro-Iran. Secara langsung boleh dikatakan pro Syiah walaupun tidak menganut mazhab tersebut. Tidak sah ceramahnya jika tidak diselit nama Iran, Hizbullah dan Khomeini. Sikapnya ini tidak disenangi oleh ahli PAS yang condong kepada Salafi maupun Ikhwan.

Inilah kelemahan beliau. Beliau masih dikaitkan dengan Iran dan Syiah.

Kelebihan beliau ialah seorang yang senang didekati dan pandangan politiknya begitu tajam serta ke depan. Cara pemikiran beliau dekat dengan golongan marhein. Satu lagi kelebihan beliau ialah sikap terus terang beliau tentang rasuah dan ketelusan. Beliau banyak kali menegur pimpinan PAS tentang ketelusan berkaitan kerajaan Kelantan dan Kedah. Terutama kes Arif Fahmi.

Akrabnya beliau dengan Lim Guan Eng suatu kelebihan buat Mohammad Sabu. Barangkali Lim Guan Eng mungkin terfikir juga melantik Mat Sabu jadi Timbalan KM seandainya Karpal Singh tidak marah!


b) Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum masuk arena politik, beliau ahli panel popular dalam Forum Perdana RTM. Seangkatan dengan Dato Hasan Ali dan Dato Dr Harun Din. Pernah jadi ADUN Jengka 1999. Kini menjadi PJ Pahang. Anak saudara TG Nik Aziz.

Orangnya lembut. Warak dan berwatakkan seperti bapa saudaranya TG Nik Aziz.

Asalnya tidak berminat dengan percalonan jawatan Timbalan Presiden atas dasar tidak mahu berlaku perpecahan. Akhirnya terpaksa "melanggar sumpahnya". Masuk bertanding. Sebab apa dan kerana apa ? Hanya tuan punya badan boleh menjawabnya.

Pendiriannya masuk bertanding seperti " disuruh" atau " "bidan terjun" atau "penyelamat".

RUMUSAN AKHIR

Ustaz Nasha - Kelebihannya ialah "dia dapat jadi Timbalan sebanyak 3 penggal" berturut-turut.

Mat Sabu - Kelebihannya ialah dia tidak serik mahu bertanding lagi. Pernah jadi Graduan ISA. Mengapa dia nak bertanding lagi? Barangkali dia ada "idea bernas" untuk diperkenalkan.

Ustaz Tuan - Kelebihannya kerana ilmu dan kewarakkannya.

Melihat kepada semua di atas, penulis merasa sedih . Mengapa ? Kerana jawatan Timbalan Presiden hanya satu. Yang layak ada tiga orang. Kesemua ciri-ciri di atas diperlukan dalam PAS.

Kalau anda boleh mengundi, siapakah calon pilihan anda ?

Kalau saya ? Saya akan rosakkan kertas undi ?

Kerana saya kagum dan sayang dengan mereka bertiga. Itu sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...